Aug 4, 2010

KEROSAKAN DAN PENGUJIAN DIOD

1. Diod boleh diuji menggunakan meter pelbagai analog dan meter
    pelbagai berdigit.
2. Apabila diod diuji menggunakan meter pelbagai analog,fungsi meter
    ohm digunakan.
3. Dalam pincang ke depan, nilai bacaan adalah dalam lingkungan di bawah
   10 ohm manakala dalam keadaan pincang songsang bacaan adalah infiniti.
4. Apabila meter pelbagai berdigit digunakan, meter dilaraskan ke fungsi
    pengujian diod.
5. Bacaan bagi diod yang dipincang ke depan adalah di antara 0.6 hingga 0.8V
    (untuk diod jenis silikon dan 0.2 hingga 0.4 diod jenis germanium).
6.Pengujian diod menggunakan meter pelbagai analog.
7. Dua jenis kerosakan yang sering berlaku pada diod ialah terbuka dan terpintas.
8. kerosakan terbuka dan terpintas boleh diuji menggunakan ujian meter ohm.
9. Meter pelbagai analog pada fungsi ohm juga boleh digunakan untuk menentukan tamatan diod yang tidak diketahui kekutuban.
Kaedah pengujian diot.

Penentuan kekutuban diod menggunakan
meter pelbagai analog.

No comments:

Post a Comment